DALIL UMRAH



Surat Al Imran ayat 96 "... sesungguhnya seawal-awal binaan ( rumah ) yang dibangunkan untuk manusia adalah yang berada di Bakkah ( Mekkah) yang diberkati dan sebagai petunjuk sekelian alam..."

Surat Al Imran ayat 97..." Padanya (kaabah) terdapat tanda yang nyata (kekuasaan Allah ) iaitu terdapatnya Maqam Ibrahim...dan sesiapa yang memasukinya adalah akan menjadi aman tenteramlah ia..."


Nota:  Perhatikan maksud ayat ini... kaabah bukan saja petunjuk untuk manusia tetapi juga petunjuk seluruh alam... ada juga pendapat mengatakan kaabah adalah paksi bumi kerana kedudukannya dalam kiraan nisbah emas iaitu 1.618....


Surat Al Maidah ayat 97 ".. Allah menciptakan kaabah iaitu baitul haram sebagai ' qiamal linnas '..."


Nota:  1.   Qiamal linnas juga bermaksud pembangunan insan.. hidup bermotivasi.. kesejahteraan hidup.. kemajuan hidup..



Surat al Baqarah ayat 125 "..Dan ingatlah ketika Allah menciptakan Bait (kaabah) sebagai perkumpulan atau pertemuan bagi manusia dan sebagai tempat yang aman.."




Belanja Umrah




Surat Saba' ayat 39 :

" Dan apa-apa yang kamu infakkan daripada sesuatu ( belanja umrah ) maka dia ( Allah ) akan pasti menggantikannya dan Dia ( Allah ) adalah sebaik-baik pemberi rezeki...."

Hadis nabi :

" Mengeluarkan biaya untuk keperluan haji sama dengan mengeluarkan infak pada jalan allah ( fi sabilillah ), satu dirham menjadi tujuh ratus kali lipat .." ( HR.Ibnu abi Syaibah dan Ahmad )

Surat Fatit ayat 29 :

" ....... sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab ( al quran), dan mendirikan solat, dan menginfakkan ( membelanjakan ) daripada rezeki mereka samada secara terang-terangan atau secara sembunyi adalah sebenarnya mereka itu mengharapkan perniagaan yang pasti tidak merugikan..."..



Apakah perbelanjaan Umrah dikira sebagai perbelanjaan hangus??


Perbelanjaan Umrah adalah pelaburan yang dijamin menguntungkan :-

Untung di dunia :

-  Murah rezeki
-  Wang yang dibelanjakan untuk Umrah digandakan 700 kali ganda
-  Ramai kenalan - erat sillaturrahim
-  Sihat tubuh badan
-  Sembuh penyakit
-  Bermotivasi untuk hidup



Untung di akhirat :



-  Solat di Masjid Nabawi digandakan 1,000 kali ganda pahalanya berbanding solat di tempat lain selain
    Masjidil Haram..

-  Solat di Masjidil Haram digandakan 100,000 kali ganda pahalanya berbanding solat di tempat lain..

-  Sesiapa yang ziarah maqam Rasulullah s.a.w. akan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w.

-  Antara umrah ke umrah yang lain yang dilakukan adalah penghapus segala dosa..


-  Seseorang yang berada di masjidil haram akan mendapat 120 rahmat iaitu 60 rahmat bagi yang 
    mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi yang mengerjakan solat dan 20 rahmat bagi yang memandang
    Kaabah..




No comments :

Post a Comment