LAPORAN PERJALANAN BULAN DISEMBER 2013

Alhamdulillah ..syukur pada Allah swt. ..dengan izin dan pilihan Allah jua.. maka kami telah rasanya menyempurnakan ibadat Umrah seramai 103 jemaah iaitu 75 jemaah dari Sabah dan 28 jemaah dari semenanjung..

Pemergian bermula 22 Disember jam 6:35 malam ...tiba di KLcct jam 9:30 mlm.. Check In lagi jam 11 malam untuk penerbangan ke Jeddah jam 2:35 pagi menggunakan Air Asia X..

Tiba Di jeddah 23 disember 2013 jam 7 pagi.. bertolak ke Medinah tiba sebelum asar.. check in hotel Bahauddin depan Fairuz Shatta Hotel..30 meter ke Masjid Nabawi..

Di Medinah ...jemaah dibuat aktiviti ziarah dalam hari pertama.. Ziarah luar hari kedua.. bertolak ke Mekkah hari ke empat.. Di Mekkah jemaah menginap hotel Malak At Taqwa 200 meter ke masjidil Haram dekat hotel Elaf Al Mashaer atau Hotel Rawdah Osswa Hotel..

Di Mekkah jemaah dibuat 2 kali ziarah iaitu ziarah manasiq haji dan kota mekkah ...ziarah ke dua ladang Unta serta Muzium Kaabah.. al hamdulillah semuanya berjalan lancar..

Hari lain jemaah diberikan kenderaan percuma ke miqat tan'im ( masjid Aisyah ) untuk niat umrah...

Sepanjang berada di tanah suci jemaah dihidangkan makanan yang dikendalikan oleh syarikat Al Waffa Mekkah ... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan rasanya memadai..

Alhamdulillah .. dengan izin Allah semua jemaah selamat dan sihat sejahtera semasa berada di tanah suci dan selamat tiba kembali ke tanah air pada 03 Januari 2014...  Perjalanan Umrah pertama musim 1425 Hijrah..

Ucapan berbanyak terima kasih atas kerjasama tuan/puan semasa berada di tanah suci dan semasa menyempurnakan ibadat fardhu umrah tuan/puan.. semoga Allah merahmati anda sekeluarga dan menerima ibadat umrah tuan/puan dengan pengampunan dosa dan pahala berlipat-ganda... amin..

                                  Gambar-gambar Pakej Umrah Disember 2013 :




No comments :

Post a Comment